The present Covid-19 pandamic has in a way caused the change of lifestyle throughout the world. We have no choice. Like it or not we must change.
MRM.
15 April 2020
13 April 2020
Wabak Covid-19
Sejujurnya aku tidak pernah terperap di rumah sebegini lama. Belum pernah aku bercuti berbulan-bulan dalam keadaan sihat. Belum pernah aku terperuk di dalam rumah hanya makan dan tidur. Ya kali ini aku lalui sejarah pertama ini.
Ini adalah suatu cabaran. Ini suatu ujian. Ia menguji kita berhadapan dengan situasi lockdown seantero dunia. Ini bukannya calang-calang wabak. Ini adalah musuh yang bersedia membunuh siapa sahaja tanpa mengira bangsa, umur, jantina atau darjat. Wabak ini menerkam manusia tanpa belas kasihan.
Allah mahu kita menjadi lebih baik. Allah mengajar kita agar bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar : fitnah dajjal di dunia dan hari kebangkitan di akhirat!

23 October 2017
LAMBAKAN PENDATANG ASING
Terlalu ramai. Mereka berada di mana-mana sahaja. Mereka menguasai perniagaan dan perkhidmatan tertentu. Mereka juga mulai 'demand' harga. Mereka menikmati pengangkutan awam dan kemudahan kesihatan seolah-olah mereka adalah warga tempatan.
Itulah gambaran mengenai pendatang asing di negara kita pada waktu ini. Pendatang dari pelbagai negara asing itu sesungguhnya telah benar-benar menjadi sebahagian dari nadi kehidupan harian kita. Mereka begitu menonjol di mana-mana. Mereka sudah mulai tidak sensitif dengan agama dan budaya warga setempat.
Kejadian-kejadian Negro mabuk dan mengganggu isteri serta anak gadis rakyat Malaysia bukan perkara baharu. Sudah sering kita dengar cerita yang memualkan ini. Kegiatan scammer yang dikaitkan dengan kumpulan ini juga makin menjadi-jadi. Kumpulan ini tidak pedulikan apa orang kata. Mereka buat apa yang mereka hendak buat.
Pendatang lain seperti dari Myanmar, Vietnam dan dari jiran yang lain turut membawa budaya dan masalah tersendiri. Mahkamah-mahkamah jenayah turut dibanjiri oleh golongan ini. Bukan suatu perkara yang asing bila kita melihat mereka ini bergari di mahkamah atau dibawa turun dari kenderaan Black Maria.
Persoalannya ialah apakah negara harus berterusan menerima lambakan pendatang asing begini?
Dalam suasana ekonomi negara seperti sekarang, aliran wang keluar negara yang banyak tidak sewajarnya dipandang enteng. Jika setiap orang warga asing menghantar pulang wang sebanyak RM200 sebulan, berapa banyakkah yang dihantar keluar jika kita ada 4 atau 5 juta pendatang/pekerja asing?.
Mari kita sama-sama berfikir.
MRM,
231017.

22 October 2017
Salam sejahtera,
Sekian lama aku tinggalkan blog ini. Rasanya sudah berpuluh bulan. Demikian lamanya aku bertapa dari menyentuh blog ini.
Tadi ada seorang rakan menjengah ke panorama ini lalu meminta aku kembali merajawali di ruang ini. Katanya alangkah baiknya jika aku terus mencatat segala pengalaman dan kejadian yang relevan agar menjadi 'guru' kepada ramai orang.
Aku akur.
Sesungguhnya menulis adalah suatu aktiviti mulus yang harus dijadikan aktiviti mencanai fikir. Menulis bermakna berfikir. Menulis secara hakikatnya suatu sentuhan roh yang bagus. Menulis adalah kerangka hidup nombor wahid, bagi sesetengah orang.
Ya, bersabarlah menunggu catatan-catatan montel dari aku. Bacalah. Dan hamparkan jiwa menilai apa yang aku riwayatkan di ruang ini.
Selamat berbicara.
BICARA MUSRADZI,
221017.

21 November 2014
AMANAH PADA DIRI
Kita dituntut agar beramanah kepada diri sendiri, kepada agama, masyarakat dan negara. Amanah bukannya mudah untuk dilaksanakan tetapi tidaklah mustahil untuk dilakukan seandainya seseorang itu memahami konsep amanah itu sendiri. Hidup tanpa amanah tentunya tempang dan songsang.
Apakah yang dikatakan sebagai amanah kepada diri sendiri itu. Adakah ia amat penting dalam kehidupan seharian seseorang. Adakah tanpa amanah pada diri sendiri maka seseorang itu telah melanggar rukun hidupnya sendiri?
Amanah kepada diri sendiri itu banyak. Ini termasuk bangun awal dari tidur, mandi, makan dan minum secukupnya, tidur yang berkualiti dan lain-lain. Ini bermakna bahawa seseorang itu tidak boleh mengambil mudah hal berkaitan pengurusan diri sendiri. Ini bermakna kita mesti peka berkaitan diri sendiri. Malah agama Islam melarang penganutnya meletakkan diri dalam kerosakan atau kebinasaan.
Amanah kepada diri sendiri juga termasuk tidak membenarkan atau menyokong orang lain tidak beramanah kepada masyarakat. Sebagai contoh jika kita lihat orang lain merosakkan harta benda awam kita mesti menegur atau menghalang perbuatan itu. Begitu juga dengan perbuatan rasuah, salah guna kuasa, mengambil sesuatu yang bukan haknya dan lain-lain lagi.
Jika kita amanah kepada diri sendiri maka kita tidak akan membenarkan orang lain tidak berlaku amanah. Kita tidak akan membenarkan siapa jua melakukan kerosakan, apa lagi kerosakan terhadap agama dan negara.

Subscribe to:
Posts (Atom)