Awal pagi tadi posting saya bertajuk Ayam Belanda mempunyai signifikan tertentu. Yang pertamanya ialah posting itu bukan sekedar tulisan yang disandarkan semata-mata kepada kemahiran menulis. Ia dinukil atas pemerhatian saya sejak sekian lama karena adik saya ada memelihara ayam tersebut. Lagipun seorang kawan saya, seorang peladang berjaya di negara ini memelihara ayam berkenaan dalam jumlah yang banyak untuk dijual.
Keduanya ialah ayam Turki yang pembersih ini sungguh dapat dijadikan pedoman untuk kita. Ayam ini tidak makan sembarangan. Ayam ini hidup secara berkumpulan. Ayam ini walau lewat bagaimana sekalipun akan tetap pulang ke penginapannya. Malah jika diperhatikan betul-betul ayam Turki banyak keistimewaannya.
Jika kita ambil beberapa contoh dari keistimewaan ayam Turki tentulah kita makin takjub akan keagungan dan maha hebatnya Allah. Juga kita akan dapati Allah itu sentiasa pengasih dan penyayang dalam mentadbir alam. Manusia diberikan segala panduan semasa hidup supaya tidak lari dari landasannya. Saya akui kita lemah, kadangnya kita tersasar dari peraturan yang agama tetapkan. Sebagai manusia kita bertaubat dan menyesali keterlanjuran tadi dengan azam untuk tidak mengulanginya.
Jika kita mahu berfikir kita akan dapati alangkan binatang ada peraturan hidup, apa lagi kita manusia. Jika ayam Turki boleh mempunyai disiplin sebegitu rupa masakan kita tidak boleh. Jika ayam Turki menghormati rakan dan taulan, tentulah kita boleh lebih baik dari itu. Tentulah kita sebagai manusia tidak wajar bertindak diluar norma kehidupan. Pastinya kita mahu lebih baik dari binatang.
Jangan kita hanya gemar memakan daging ayam Turki yang sedap itu. Jangan.
Sdr Radzi tahniah kerana berjaya memblog. Saya harap kerja ini akan berterusan dan tak mati ditengah jalan. Banyak faedah dari blog ini isu atau kupasan isu yang sdr lakjkan menarik dan boleh dijadikan bahan bantu kepada yang tahu menilai dan menerjah ke dalam minda sdr.
ReplyDeleteSaya panjatkan doa semoga ia diupdatekan selalu dengan isu isu lebih menarik dan mengugahkan minda.
Salam hormat,
MSO.